Skip to main content

STESEN ANGKASA CHINA TIANGONG-1 TELAH JATUH KE BUMI

KUALA LUMPUR – 2 April – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ingin memaklumkan bahawa melalui hebahan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak China Manned Space Agency (CMSA), stesen angkasa Tiangong-1 telah jatuh ke bumi pada 2 April 2018 00:15 UTC (waktu malaysia = 08:15 MST) di Selatan Lautan Pasifik.

GERHANA BULAN PENUH - 31 JANUARI 2018

Pada 31 Januari 2018, Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan Amerika Utara. Fenomena Gerhana Bulan yang berlaku akan mengambil masa selama 5 jam 17 minit bermula pada jam 6:51 petang hingga 12:08 tengah malam (1 Februari 2018). Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika Bulan terbit di ufuk Timur (kecuali Sabah dan Sarawak - gerhana bermula selepas Bulan terbit). Fasa gerhana penuh maksima adalah pada jam 09:29 malam dan keseluruhan gerhana ini akan berakhir pada jam 12:08 tengah malam iaitu pada 1 Februari 2018.

PERHIMPUNAN BULANAN ANGKASA- DISEMBER 2017

BANTING, 19 Disember Seramai 46 orang pegawai dan kakitangan Agensi Angkasa Negara(ANGKASA) menghadiri Perhimpunan Bulanan ANGKASA untuk bulan Disember 2017. Sesi perhimpunan dimulakan dengan Amanat YBrs En. Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan diikuti dengan sesi Pengumuman bagi pegawai dan kakitangan yang baharu bertugas di ANGKASA iaitu, Pn. Noryatimah binti Ramdzan , Pegawai Khidmat Pelanggan, Cik Anis Zuha binti Mohd Hashim, Cik Nurul Nazifah binti Mohd.
Subscribe to Berita Terkini