Skip to main content
SBUS

Satelitte-Based Augmentation System

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, suatu sistem pandu arah satelit global berasaskan angkasa yang baru telah muncul dengan menonjolnya, yang mana kemunculannya berkembang daripada suatu konsep yang terdapat pada hujung tahun 1980-an.

Satelitte-Based Augmentation System (SBAS) ialah sistem yang melibatkan suatu rangkaian satelit geopegun dan stesen bumi bagi mempertingkat prestasi GNSS melalui pembekalan pembetulan isyarat dan satelit tambahan yang mempunyai kedudukan malar yang diketahui.

SBAS dianggap sebagai tingkat kedua aplikasi pandu arah dan penentu kedudukan. Ia direka bentuk untuk menerima isyarat pandu arah dan menyiarkan suatu isyarat mirip GPS yang mengandungi data integriti dan data tambahan pembetulan terbitan kawasan luas (wide-area differential correction augmentation data). Kesan yang diperoleh bagi perkhidmatan GNSS adalah peningkatan integriti (iaitu jaminan bahawa semua fungsi sistem beroperasi mengikut had operasi), ketepatan (iaitu kepersisan), kebolehdapatan (iaitu kemampuan sistem untuk terus melaksanakan fungsi yang dikehendaki sejurus digerakkan) dan keberterusan (iaitu kemampuan sistem untuk membekalkan khidmat sewaktu operasi tanpa gangguan).

Stesen cerapan dan geganti telah ditubuhkan di kedudukan-kedudukan yang diketahui di seluruh dunia. Sementara itu, satelit-satelit GEO kekal di kedudukan tetap di ruang atas Bumi. Dengan menggunakan nilai-nilai jarak yang ketahui ini, SBAS membetulkan isyarat pandu arah satelit bagi tundaan atmosfera, penentuan kedudukan satelit yang tidak betul dan geometri yang kurang baik, yang kadang kala disebabkan oleh satelit yang tersusun segaris terlalu rapat, yang mana ketepatan menjadi bertambah di wilayah tertentu. SBAS penting dalam membekalkan kebolehpercayaan dan kepersisian yang diperlukan oleh penerbangan dan aplikasi lain yang mana ketepatan menjadi faktor genting.

Pautan

Space & Tech
Global Positioning System 
Coordinational Scientific Information Centre